" Sebenarnya, ada rahsia yang tak dapat diungkapkan melalui kata-kata berkenaan dengan kemuliaan dan keberkatan Ramadhan Al-Mubarak. Untuk itu gunakanlah kesempatan berkenaan semaksimanya dengan doa dan amal ibadat keseluruhannya.
Analogi Bulan Ramadhan adalah seperti ketika kita semua menduduki peperiksaan akhir semester yang lalu. Sebagaimana kita semua berada di dalam dewan peperiksaan yang senyap dan selesa, malah terdapat arahan dalam dewan yang bertulis "Jangan Bising, Peperiksaan Sedang Dijalankan". Samalah juga dengan arahan di bulan Ramadhan kepada Syaitan, " Jangan Ganggu HambaKU Sedang Berusaha Untuk MendekatiKU dan Mengumpul amal untuk menemuiKU"
Salam Ramadhan Al- Mubarak Kepada semua Muslimin Muslimat Sekalian. Moga kita semua mendapat keberkatan dariNYA. Jadikanlah Ramadhan kali ini, lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.
Ikhlas dari,
Muhammad Fadhil Abdul Ghani,
Pengerusi
Pro Mahasiswa UMSKAL
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Pro-Mahasiswa UMSKAL TV
Thursday, 18 July 2013
Wacana Kampus #13 - PPUMS PUPUK KESEDARAN SOSIAL TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT
Atas inisiatif memupuk semangat dalam penglibatan pembangunan kesejahteraan hidup masyarakat setempat, Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah melaksanakan satu aktiviti berkaitan tanggung jawab sosial melalui Program Khidmat Masyarakat PPUMS di Rumah Anak Yatim Putera Harapan, Ranau baru-baru ini.
Rombongan PPUMS yang terdiri daripada 13 orang, dan diketuai oleh Ketua Biro Kebajikannya, Encik Azmi Jumat telah disambut mesra oleh para penghuni rumah anak yatim yang kelihatan begitu ceria dengan kehadiran rombongan tersebut. Wakil pengurusan Rumah Putera Harapan, Cik Wani turut mengalu-alukan usaha PPUMS dalam menjalankan program di rumah berkenaan, sambil menjelaskan bahawa para penghuni rumah tersebut adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur antara 7-11 tahun.
Para ahli rombongan kemudiannya telah beramah mesra dengan seramai 20 orang penghuni rumah, sambil menyediakan makanan bagi para kanak-kanak tersebut menjamu selera. Selain itu, ahli-ahli PPUMS juga telah membantu membuat gelanggang permainan sepak takraw bagi membolehkan para penghuni beriadah. Kakitangan dari Pusat Rawatan Warga, UMS turut menyampaikan ceramah kesihatan bagi memberikan pendedahan tentang penjagaan kesihatan kepada para warga Rumah Anak Yatim Putera Harapan.
Presiden PPUMS, Encik No’man Hj Ahmad turut menyampaikan sumbangan yang disalurkan oleh ahli dan orang perseorangan kepada Cik Wani bagi mewakili penghuni rumah anak yatim tersebut. Antara sumbangan yang disampaikan adalah barang-barang keperluan asas harian seperti beras dan barangan dapur, baju, ubat-ubatan, barangan sukan, dan keperluan-keperluan sekolah seperti alat tulis, buku dan kasut sekolah.
Program kesedaran sosial anjuran PPUMS ini bukan sahaja telah mendekatkan para ahli PPUMS dengan penghuni dan pihak pengurusan anak yatim, malah turut memberi peluang kepada ahli untuk berkongsi pengalaman kepada anak-anak yatim tersebut agar mereka lebih bermotivasi menjalani kehidupan seharian di rumah tersebut. Justeru, Azmi Jumat selaku ketua program khidmat masyarakat PPUMS ini menyeru agar agensi-agensi kerajaan dan swasta, serta orang perseorangan turut bersama-sama membantu penghuni Rumah Anak Yatim Putera Harapan dengan menyalurkan sumbangan wang atau barang-barang keperluan kepada rumah tersebut.
Sumber : Laman Web Rasmi UMSKAL (http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/342-ppums-pupuk-kesedaran-sosial-terhadap-masyarakat-setempat.html)

Wacana Kampus #12 - Kumpulan UMSKAL Raih Anugerah Emas
LABUAN: Kumpulan KAL Team yang mewakili Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meraih Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence Wilayah Sabah dan Sarawak 2013 di The Pacific Sutera, Kota Kinabalu pada 4 Julai yang lalu.
Kumpulan itu yang diwakili ketua pasukan, Eldayana Suhaili, Zek Jas, Mohd Quazly Arifin, Abd Sofian Abd Ghani, Nurulhuda Leman, dan Dorathy Chew menerima trofi dan sijil penghargaan daripada Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Bolkiah Ismail.
Konvensyen itu yang dianjurkan oleh perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah akan memilih wakil wilayah Sabah dan Sarawak ke peringkat kebangsaan di Gambang, Pahang pada 1 hingga 3 Oktober akan datang.
Sementara itu, Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr. Ismail Ali dan Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah mengucapkan Tahniah dan syabas atas kejayaan kumpulan KAL Team.
Ismail berkata, kejayaan itu amat membanggakan seluruh warga UMSKAL serta mampu menjadi sumber inspirasi kepada pegawai, pensyarah dan kakitangan untuk terus mengamalkan amalan 5S di kampus berkenaan.
Beliau berharap, kejayaan itu akan berterusan bukan sahaja dalam amalan 5S tetapi juga dalam bidang-bidang lain yang disertai UMSKAL sama ada di Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah mahupun Kebangsaan.
Katanya, Jawatankuasa Induk Amalan 5S yang diterajui Baharin Entoh perlu bekerja lebih keras bagi mempastikan kejayaan yang lebih besar pada peringkat kebangsaan Oktober tahun ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli turut mengucapkan tahniah kepada kumpulan UMSKAL kerana berjaya mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Labuan dan berdoa semoga mereka beroleh kejayaan yang sama di peringkat kebangsaan kelak.
Sebanyak 11 kumpulan dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Semenanjung Malaysia menyertai konvensyen berkenaan.

Wacana Kampus #11 - Ucapan Pengerusi ProMahasiswa UMSKAL sempana Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32.
Ucapan daripada Muhammad Fadhil Abdul Ghani, Pengerusi Pro-Mahasiswa UMSKAL sempena Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32.
Saya Muhammad Fadhil Abdul Ghani mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai kadet PALAPES yang telah berjaya ditauliahkan
pada hari ini (6 Julai 2013) . Bertempat di Universiti Malaysia Sabah Kampus Induk Kota Kinabalu, sekali lagi mencatatkan sejarah & kenangan manis, kerana menjadi ‘tuan rumah’ kepada majlis yang berprestij ini.
Tidak lupa juga, tahniah saya ucapkan kepada kepada pihak UMS, kerana telah \erjaya melaksanakan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32 ini dengan gilang gemilangnya.
Semoga simbolik pentauliahan ini memberi semangat dan inspirasi positif kepada semua pegawai kadet PALAPES untuk menjadi lebih berdisiplin,berkepimpinan dan membentuk kualiti warganegara yang berwibawa.
Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi buat semua pegawai Kadet PALAPES yang mewakili UMS. Anda adalah perajurit-parajurit dan pejuang tanah air dan penerus generasi pada masa akan datang.
“PENERAJU BANGSA, NEGARA BERDAULAT”
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Muhammad Fadhil Abdul Ghani
Pengerusi
Pro-Mahasiswa UMSKAL

Wacana Kampus #10 - Live Streaming Majlis Istiadat Pentaulihan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32.
Live Streaming Majlis Istiadat Pentaulihan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32 secara langsung daripada Universiti Malaysia Sabah.
Sila klik di pautan ini untuk melihat Live Streaming :http://www.ums.edu.my/palapes/index.php/maklumat/live-streaming
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Sila klik di pautan ini untuk melihat Live Streaming :http://www.ums.edu.my/palapes/index.php/maklumat/live-streaming
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Wacana Kampus #9 - Tahniah pegawai kadet PALAPES
Pro-Mahasiswa UMSKAL mengucapkan tahniah kepada semua pegawai kadet PALAPES yang bakal ditauliahkan hari esok (6 Julai 2013) di Universiti Malaysia Sabah Kampus Induk Kota Kinabalu. Kami juga ingin merakamkan setinggi ucapantahniah kepada pihak UMS kerana julung kalinya menjadi 'tuan rumah' kepada Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32. Harapan kami adalah supaya majlis istiadat ini berjalan dalam keadaan yang baik.
Kepada semua pegawai Kadet PALAPES yang mewakili UMS, sekali lagi kami ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua!
Untuk mendapatkan informasi berkenaan majlis ini, sila klik di pautan yang disediakan : http://www.ums.edu.my/palapes/index.php/info/ke-32
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Kepada semua pegawai Kadet PALAPES yang mewakili UMS, sekali lagi kami ucapkan tahniah dan syabas kepada anda semua!
Untuk mendapatkan informasi berkenaan majlis ini, sila klik di pautan yang disediakan : http://www.ums.edu.my/palapes/index.php/info/ke-32
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Berita Semasa #4 - GEMPA BUMI ACEH, 2013
Kini jumlah mangsa dari gempa bumi yang melanda berhampiran Acheh semakin meningkat.
Pro Mahasiswa UMSKAL prihatin terhadap musibah yang menimpa saudara kita di Acheh, kami mendoakan agar mereka tetap tabah dan sabar menghadapi ujian ini ketika menghampiri Bulan Ramadhan.
Ayuh! Kita doakan kesejahteraan rakyat Acheh di sana.
Berita Lanjut:
(http://terengganutoday.com/berita-utama/gambar-gempa-bumi-landa-aceh-50-orang-cedera)
AcehOnline :
(http://acehonline.info/detail.php?no_berita=3832)

Wacana Kampus #8 - SPOR Bakal Tingkatkan Mutu Penyelidikan Kelapa Sawit Negara
Sejajar dengan usaha berterusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui konsepnya inovatif, relevan dan lestari, satu Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR) ditubuhkan sebagai usaha berlandaskan konsep Eko-Kampusnya untuk bergerak seiring dengan penyelidikan yang bersifat mesra alam.
Merasmikan pelancaran unit tersebut, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, hasil pendapatan negara daripada produk berasaskan minyak sawit adalah sebanyak RM80.4 billion pada tahun 2011 dan dijangka meningkat ke RM103.9 billion pada tahun 2020.
“Walaupun dengan pencapaian yang signifikan, industri sawit masih terus ditujahi dengan pelbagai cabaran termasuklah usaha untuk meningkatkan produktiviti minyak sawit dengan jumlah keluasan tanah yang sama. Keadaan ini juga semakin runcing memandangkan kesediaan tanah untuk pertanian dilihat semakin berkurangan.
“Pencemaran daripada sisa industri, ancaman terhadap hidupan liar, masalah penularan penyakit dalam tanaman kelapa sawit adalah antara isu-isu yang memerlukan perhatian yang serius untuk kajian unit SPOR ini,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, kerajaan dilihat memandang serius tentang industri ini yang mana ia merupakan di antara 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang disenaraikan untuk meningkatkan ekonomi negara ke taraf negara maju menjelang tahun 2020.
“Harapan saya agar penubuhan SPOR ini bakal menjadi platform terbaik dalam memperkembangkan kerjasama penyelidikan di antara UMS dan industri-industri sawit di Sabah ke arah menangani isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan industri sawit di negeri ini,” katanya.
Terdahulu, Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata penubuhan unit ini merupakan inisiatif UMS menerusi Sekolah Sains dan Teknologi (SST) untuk bersama-sama dengan pihak industri sawit dalam usaha meningkatkan mutu penyelidikan berkaitan kepala sawit dan isu-isu kelestarian khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.
“SPOR adalah unik kerana ianya menekankan prinsip penyelidikan secara mapan dan kompehensif bermula dari peringkat penanaman sehinggalah ke isu-isu alam sekitar,” ujarnya.
Sumber : Laman Web Rasmi UMS (http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/336-spor-bakal-tingkatkan-mutu-penyelidikan-kelapa-sawit-negara.html)

Berita Semasa #3 - FIFA Confederations Cup Brazil 2013
Pro Mahasiswa UMSKAL Bersama ANDA Peminat Tegar Perlawanan Bola Sepak. AYUH! Sama-sama kita menyaksikan perlawanan hebat Pasukan-Pasukan Dunia berentap pada FIFA Confederations Cup Brazil 2013.
SEMUANYA (LIVE) DI Channel 816 ASTRO.
Untuk Maklumat Lanjut Jadual Perlawanan:
(http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/64/15/83/fcc2013_matchschedule_6c_17052013.pdf)
Official FIFA Confederations Cup Brazil 2013:
http://www.fifa.com/confederationscup/matches/index.html
"DARI MAHASISWA, UNTUK MAHASISWA"

Berita Semasa #2 - The Red Warriors dan Harimau Selatan Siap Berpencak Malam ini
Pro-Mahasiswa UMSKAL menyokong penuh terhadap agenda-agenda sukan seperti Piala FA ini. Ia akan membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi daripada sekarang dan juga kami mengharapkan agar industri sukan tanah air melalui peningkatan kualiti yang lebih baik dengan adanya agenda sukan seperti ini. Sesuai dengan sahutan aspirasi UMS dalam menyumbang pembangunan dan kemajuan sukan Sabah itu sendiri.(https://www.facebook.com/groups/promahasiswa/permalink/349458015180978/)
Kepada peminat-peminat sukan bola sepak dan juga penyokong-penyokong "The Red Warriors" serta "Harimau Selatan", jangan lupa temu janji anda di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun di hadapan televisyen pada jam 8.45 malam ini. Selamat ber'Piala FA' kami ucapkan!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Kepada peminat-peminat sukan bola sepak dan juga penyokong-penyokong "The Red Warriors" serta "Harimau Selatan", jangan lupa temu janji anda di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun di hadapan televisyen pada jam 8.45 malam ini. Selamat ber'Piala FA' kami ucapkan!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Berita Semasa #1 - Sarawak struck by state-wide blackout
We hope that our Sarawakian friends wil be in a condition right now and also hoping that electricity will go back as usual in short time. Our reminder is to all of you stay safe in this state-wide blackout.
More info at : http://www.malaysiakini.com/news/234195
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
More info at : http://www.malaysiakini.com/news/234195
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Wacana Kampus #7 - Selamat Menjalani Induksi PSM
Pro-Mahasiswa UMSKAL mengucapkan Selamat Menjalani Sesi Induksi PSM kepada semua rakan-rakan Pembimbing Suai Mesra UMSKAL.
Anda merupakan duta kecil UMSKAL!
PSM CEMERLANG!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Anda merupakan duta kecil UMSKAL!
PSM CEMERLANG!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Wacana Kampus #6 - Selamat Menjalani Sesi Latihan Industri
Kami mengucapkan Selamat Menjalani Sesi Latihan Industri (Internship) kepada semua rakan-rakan mahasiswa UMSKAL Tahun 3.
Pesanan ringkas daripada kami, di mana pun anda berada, ingatlah bahawa kita tetap berasal daripada satu 'rahim' yang sama iaitu UMSKAL.
Teruskan perjuangan semua!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Pesanan ringkas daripada kami, di mana pun anda berada, ingatlah bahawa kita tetap berasal daripada satu 'rahim' yang sama iaitu UMSKAL.
Teruskan perjuangan semua!
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Wacana Kampus #5 - Majlis Konvokesyen Ke-15
"MAJLIS KONVOKESYEN KE-15"
Makluman kepada semua pelajar Tahun Akhir dan dijangka bergraduat, Majlis Konvokesyen Ke-15 akan diadakan pada 23 - 25 November 2013.
Tarikh Konvokesyen adalah tertakluk kepada Pindaan Senat.
Sekian & Harap Maklum
Penulis : BPA
Sumber : Sistem Maklumat Pelajar UMS (SMP - http://smp.ums.edu.my/)

Wacana Kampus #4 - UMS SUMBANG PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN SUKAN SABAH
UMS melalui program Sains Sukan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) sentiasa giat menjalankan program dan aktiviti yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan bidang sukan, khususnya di negeri Sabah.
Terbaru, satu Persidangan Sains Sukan Antarabangsa anjuran SPPS telah diadakan di Auditorium, Pusat Pengajian Pascaiswazah UMS. Persidangan selama tiga hari itu telah mendapat penyertaan seramai 105 peserta dari dalam dan luar negara, antaranya dari Bangladesh, Mesir, Taiwan, Thailand dan Filipina.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan ketika merasmikan “1st UMS International Sports Science Conference” (UISSCo) 2013 yang bertempat di Sabah Oriental Hotel berkata, inisiatif sekumpulan pensyarah sains sukan dalam menubuhkan satu unit bersama-sama agensi kerajaan Sabah mampu membantu dalam meningkatkan prestasi Sabah dalam kejohanan sukan, terutamanya Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang.
“Saya percaya dengan perkongsian pintar antara UMS, Majlis Sukan Negara (MSN) Sabah, Institut Sukan Negara (ISN) dan persatuan-persatuan sukan, impian Sabah untuk menjadi juara dalam SUKMA akan datang mampu dicapai”, katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata matlamat pengajuran UISSCo adalah untuk menyediakan platform kepada para penyelidik sains sukan untuk bertemu dan membincangkan kajian dan penemuan semasa berkaitan bidang sains sukan. Tambahnya lagi, UMS amat komited untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan sukan di Sabah.
“ UMS berharap dengan pertukaran idea-idea ini, sukan akan terus bertambah baik di Malaysia, terutamanya Sabah. Satu jawatankuasa bersama telah ditubuhkan, yang terdiri daripada UMS, Pusat Satelit Institut Sukan Negara Sabah, Majlis Sukan Sabah dan Lembaga Sukan Sabah untuk meningkatkan prestasi atlet SUKMA Sabah. UMS bercita-cita untuk menyumbang bukan sahaja untuk meningkatkan pencapaian para atlet di Sabah, tetapi juga untuk pembangunan dan pengayaan dalam bidang sains sukan, di Malaysia, dan di seluruh dunia,” ujarnya.
Persidangan ini bakal menyaksikan lebih 50 kertas kerja dibentangkan oleh pengamal-pengamal sains sukan, antaranya Profesor Dr. Zahari Bin Taha (Teknologi Sukan), Profesor Madya Dr. Mohd Khairi Zawi (Biomekanik), Profesor Dr. Jeff Coombes (Fisiologi Senam) dan Profesor Dr. Shaharudin bin Abdul Aziz (Psikologi Sukan).
Sumber : Laman Web Rasmi UMS (http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/326-ums-sumbang-pembangunan-dan-kemajuan-sukan-sabah.html)

Wacana Kampus #3 - Tahniah Pasukan Enactus UMS
"Enactus UMS mengimplimentasikan inovasi Payao: Inovasi mesra alam di Pulau Mabul"
Kampung Mabul yang terletak di kawasan tenggara Sabah, dipopulasi oleh beberapa komuniti nelayan yang terdiri daripada etnik Bajau Laut dan Suluk. Kedua-dua etnik ini mengalami kesusahan dalam menyara kehidupan keluarga mereka akibat hasil tangkapan ikan yang tidak tetap.
Dengan menghabiskan sebahagian besar masa mereka memancing di kawasan antara sempadan lautan Malaysia-Filipina, mereka mempertaruhkan nyawa mereka di tengah laut dengan menjana purata pendapatan sebanyak RM 750 bagi satu keluarga. Bertekad untuk menyelesaikan masalah ini, Enactus UMS yang dahulunya dikenali sebagai SIFE (Students in Free Enterprise) UMS telah membantu komuniti ini dengan menginovasikan projek Payao.
Diinspirasikan daripada tukun tiruan yang hanya boleh diaplikasikan di kawasan perairan cetek, Enactus UMS telah mengimplimentasikan alat yang mesra alam ini iaitu Payao yang terdiri daripada 3 bahagian utama merangkumi bahagian pelampung, bahagian sauh dan bahagian yang menarik perhatian ikan. Alat ini menarik pelbagai jenis ikan terutamanya Tuna yang akhirnya membolehkan para nelayan di Mabul untuk memperoleh hasil tangkapan yang lebih konsisten. Melalui projek ini, para nelayan di Mabul hanya perlu memancing di sekitar Payao justeru mengurangkan masa yang mereka habiskan di laut.
Projek ini dijalankan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Ismail Ali, yang merupakan pakar Payao bagi memastikan keberkesanan alat ini selain mengekalkan persekitaran akuatik semula jadi. Bengkel pengurusan kewangan turut dijalankan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan perniagaan mereka seterusnya memberikan kesedaran kepentingan untuk memelihara ekosistem semula jadi. Dalam pada itu, Persatuan Nelayan Mabul juga telah ditubuhkan bagi menguruskan dan memastikan penggunaan inovasi Payao ini mampu digunakan dalam jangka masa yang panjang secara optimum.
Sumber : Laman Web Rasmi UMS (http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/323-enactus-ums-mengimplimentasikan-inovasi-payao-inovasi-mesra-alam-di-pulau-mabul.html)
Pautan lain : http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/319-pasukan-enactus-ums-bantu-masyarakat-berpendapatan-rendah.html

Wacana Kampus #2 - Tips Pencegahan Akibat Jerebu
"Tips Pencegahan Akibat Jerebu Pro-Mahasiswa UMSKAL"
Rakan-rakan mahasiswa sekalian,
Berikut merupakan saranan kami bagi mencegah bahaya jerebu yang semakin teruk ketika ini. Tidak kira di mana anda berada, negeri, kawasan dan daerah, kami menyarankan agar anda mengikuti saranan ini bagi mengelakkan kesan bahaya jerebu.
Anda juga boleh menyemak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia bagi mengetahui kualiti udara di kawasan di dalam keadaan yang baik ataupun tidak pada pautan ini : http://doe.gov.my/apims/
Kami sangat prihatin dalam menjaga kebajikan rakan-rakan mahasiswa sekalian. Di kesempatan ini, kami mengucapkan 'Selamat Bercuti' kepada semua rakan-rakan mahasiswa sekalian. Moga cuti pada kali ini kita dapat isi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Pautan kepada video "Jom Balik Kampung Pro-Mahasiswa UMSKAL" :http://www.youtube.com/watch?v=vYoLXCK4sFQ

Wacana Kampus #1 - Permohonan Asrama (Rayuan) dan Pendaftaran NR
Makluman kepada semua pelajar yang belum lagi memohon asrama, anda berpeluang untuk membuat permohonan asrama secara rayuan dan pendaftaran Tinggal Luar (NR). Rayuan permohonan asrama dibuka pada 19/06/2013 sehingga 18/07/2013. Sekian dan harap maklum.
Penulis : Hal Ehwal Pelajar
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Penulis : Hal Ehwal Pelajar
"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Gong Xi Fa Cai
Salam Revolusi Oren!
Pro Mahasiswa UMSKAL wishing you a Happy Chinese New Year!
Gong Xi Fa Cai!

Isu : Listen BAWANI
LISTEN! LISTEN! LISTEN!
Ini adalah merupakan pandangan seorang ahli akademik berkenaan dengan isu Bawani a.k.a Listen!
Kami di Pro-Mahasiswa UMSKAL yakin dan percaya bahawa ini merupakan pandangan yang sangat teliti dan mempunyai satu nilai kepercayaan yang tinggi.
Dan kami MENYOKONG PENUH kenyataan beliau dan menggesa agar Puan Sharifah meminta maaf terhadap Cik Bawani.
Kami bangkit untuk hak mahasiswa yang tercalar di dalam kes ini.
Bawani, no worries. Because, right now.
They all gonna LISTEN. And WE SPEAK!
JUSTICE FOR BAWANI!!
Academic Freedom!!!

ATM CIMB BANK
Akhirnya penantian warga kampus UMSKAL selama beberapa tahun tercapai pada hari ini...ATM CIMB akan ada di UMSKAL...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa
Subscribe to:
Posts (Atom)