Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Monday 9 September 2013

Wacana Kampus #28 - PENDAFTARAN KURSUS SESI 1 2013/2014

Untuk makluman kepada semua pelajar.

Pendaftaran kursus akan dibuka bermula 9 September 2013 (12.30pm).
Proses gugur tambah kursus boleh dilakukan sehingga 29 September 2013.
Harap maklum

Penulis : BPA

"Pro-Mahasiswa : Lead to Change"

Kenyataan Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL.

Assalamualaikum,
Salam Transformasi, UMS Eco Campus.

"Semalam telah timbul sedikit salah faham di Dewan Utama sebelum Majlis Amanat Pengarah UMSKAL khas buat pelajar baharu kemasukan sesi 2013/2014. Salah faham ini berlaku sewaktu kelab penyokong Pro Mahasiswa UMSKAL sedang membuat edaran risalah kepada para pelajar baharu.

Risalah yang diedar Pro Mahasiswa telah dirampas dan dihalang untuk diedarkan. Pro Mahasiswa sangat menghormati sebarang prosedur dan peraturan Universiti. Sememangnya menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk patuh dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 2012, dalam seksyen 15 (4), mahasiswa tidak boleh dihalang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan akademik atau berkaitan pengajian. Oleh itu Pro Mahasiswa menganggap risalah yang dikeluarkan semalam adalah salah satu daripada usaha pro Mahasiswa untuk berkongsi maklumat dengan mahasiswa baharu UMSKAL. Bahkan usaha ini adalah bagi menyokong usaha pihak Universiti yang ingin melahirkan mahasiswa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin. 

Oleh itu kami ingin mencadangkan kepada pihak Universiti untuk mengurangan birokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana mahasiswa yang ingin mengeluarkan kenyataan yang berunsur akademik dan pendidikan. Pada pandangan Pro Mahasiswa, tindakan merampas risalah berunsur pendidikan merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan sifat akademik bagi sesebuah institutsi bernama Universiti. 

Walaubagaimana pun, Pro Mahasiswa akan terus komited dalam berkongsi informasi dengan rakan rakan mahasiswa UMSKAL selaras dengan aspirasi transformasi Politik Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak"

Muhammad Fadhil Abdul Ghani,
Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL
LEAD TO CHANGE


Ucapan Selamat Datang daripada Pengerusi Pro-Mahasiswa UMSKAL, Muhammad Fadhil bin Abdul Ghani

"Tahniah saya ucapkan kepada semua mahasiswa baharu yang berjaya menyambung pelajaran di UMS. Alhamdulillah, anda merupakan insan terpilih untuk mengalami kehidupan universiti di UMS. Pesanan saya, kutiplah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di sini untuk diaplikasikan pada dunia yang lebih mencabar di luar sana. SELAMAT MENJADI MAHASISWA INTELEK DAN PROGRESIF!"

"Pro-Mahasiswa : Lead to Change"


Wacana Kampus #27 - Kata-kata Keramat daripada Naib Canselor UMS, Prof Datuk Mohd. Harun Abdullah

Inspirasi sanubari untuk semua mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.
Kata-kata keramat daripada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.

"Mereka yang memiliki ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya belum tentu dapat bersaing dengan baik. Tetapi mereka yang berilmu dan mampu memanfaatkan ilmu itu pasti akan berjaya"

Beliau berucap demikian pada Majlis Pengenalan Universiti dan Pegawai Utama dihadapan siswa-siswi baharu sempena Minggu Suai Mesra 19 (MSM19).

Artikel penuh di sini : http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/417-aktiviti-kemahasiswaan-mampu-bentuk-kecemerlangan-akademik-naib-canselor.html

Salam Revolusi Oren dan Bertekad Cemerlang!

"Pro-Mahasiswa : Lead to Change"


Gambar Sekitar Majlis Ikrar dan Aku Janji Mahasiswa baharu sempena Majlis Suai Mesra Kali Ke-19

Tahniah kepada semua setelah selamat mendapat gelaran mahasiswa.
Selamat menjadi warga EcoCampus, Universiti Malaysia Sabah.
Junior-junior UMSKAL, kami sedang menanti anda!

Salam Revolusi Oren dan Bertekad Cemerlang!

"Pro-Mahasiswa : Lead to Change"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...