Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Tuesday 23 July 2013

Wacana Kampus #19 - UMS MAHU JADI MODEL IPT DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR : NAIB CANSELOR

Universiti Malaysia Sabah sudah bersiap sedia dalam mengimplementasi segala nilai dan elemen berkaitan penjimatan tenaga dan pengurusan sisa buangan elektronik ke arah mencapai hasrat menjadikan UMS sebagai peneraju utama model Institut Pengajian Tinggi Tinggi (IPT) dalam pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Demikian ucapan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika merasmikan pelancaran Kempen Green Office Awareness anjuran Pusat Pengurusan EcoCampus UMS hari ini.

Menurut Datuk Harun, matlamat utama UMS adalah untuk mengekalkan harmoni bumi hijau berdasarkan sikap warga UMS sendiri dalam penjimatan tenaga di tempat kerja. Tambah beliau, ia juga sebagai satu tanggungjawab universiti selaku IPT yang sentiasa menjadi pusat rujukan dalam meningkatkan kefahaman pendidikan sekaligus menggandakan kesedaran kepada warga UMS dan masyarakat betapa pentingnya pemuliharaan alam sekitar.


“Dalam menikmati kemajuan ekonomi, penggunaan teknologi moden di pejabat seperti penghawa dingin, peralatan moden pejabat, pengunaan tenaga elektrik yang berlebihan adalah penyumbang utama kepada pemanasan global, pencemaran air dan udara. Melalui kempen Green Office Awareness, adalah diharapkan warga UMS dapat membuat perubahan sikap yang boleh membantu penjimatan tenaga di tempat kerja.


“Melalui perubahan sikap diharapkan juga agar dapat membantu mengurangkan kos operasi harian dalam pengunaan tenaga di dalam kampus seterusnya melestarikan alam sekitar dan menjadi teladan terhadap komitmen pemuliharaan alam,” ujarnya lagi.


Justeru, beliau menyeru kepada seluruh warga UMS untuk memperbaharui komitmen dalam usaha melestarikan alam sekitar agar kekal menjadi warisan dan tatapan generasi akan datang sekaligus mencapai matlamat menjadikan UMS sebagai EcoCampus.


Turut diadakan pada majlis itu sesi ceramah berkaitan EcoCampus yang disampaikan oleh penceramah jemputan; Dr. Irina Zen Safitri, Dr. Zeeda Fatimah Mohamad dan Sitti Nursyafa Bakri. Hadir sama Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul; Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Hijau, Dayang Rukiah Awang Amit dan Pengerusi Jawatankuasa Enviromental Management System, Dr. Bonaventure Vun Leong Wan. 


Sumber : Laman Web Rasmi UMS [http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/356-ums-mahu-jadi-model-ipt-dalam-pemuliharaan-alam-sekitar-naib-canselor.html]


"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"




Wacana Kampus #18 - TAKWIM AKADEMIK UMS SESI 2013/2014

Berlaku ralat pada pengumuman sebelumnya. Sepatutnya tarikh Konvokesyen adalah pada 23 - 25 November 2013 BUKAN pada 23 - 25 Disember 2013. Kami di pihak Pro-Mahasiswa UMSKAL meminta maaf kepada semua rakan mahasiswa terutamanya pelajar tahun 3 yang akan menyertai konvokesyen di atas keralatan ini.

Sumber : Laman Bahagian Perkhidmatan Akademik [http://bpa.ums.edu.my/modalfiles/Takwim_Akademik.asp?s_Tajuk=TAKWIM+AKADEMIK+SESI+2013+%2F+2014]

Sekali lagi, kami meminta maaf atas keralatan ini.

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"




Berita Semasa #5 - Chelsea in Malaysia

Hello Boys and Girls,
CHELSEA are coming to Malaysia
I bet they are already here preparing for a big match tonight
MALAYSIA vs CHELSEA
Who do you think gonna win this game tonight?
LIVE at Stadium Shah Alam, 9.45PM
Don't miss the chance to ROAR for your favourite team.
May the best team win

# To muslim, don't forget to go for Terawih 1st ok 



Pelancaran Twitter Rasmi Pro Mahasiswa UMSKAL

Salam Revolusi Oren dan Salam Perjuangan Mahasiswa!

Kami di Pro-Mahasiswa UMSKAL dengan sukacitanya melancarkan akaun Twitter rasmi Pro-Mahasiswa UMSKAL pada malam 12 Ramadhan yang penuh berkat ini.

Jom follow kami untuk mendapatkan berita dan makluman tidak kira dalam mahupun luar daripada kampus.

Pautan ke Twitter rasmi Pro-Mahasiswa UMSKAL [https://twitter.com/UMSKALProM]

Follow us, we'll follow you back!

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"



Wacana Kampus #17 - Peperiksaan Ulangan Khas

Hanya Pelajar Tahun Akhir sahaja yang dibenarkan untuk membuat Permohonan Ulangan Khas ,permohonan akan dibuka bermula pada 19 Julai - 16 Ogos 2013 . Permohonan adalah secara online melalui I-Stage di Portal Sistem Maklumat Pelajar (SMP).

Sekian & Harap Maklum

Penulis : Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA)

Sumber : Laman Sistem Maklumat Pelajar (SMP)

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"

Wacana Kampus #16 - Tahniah buat semua mahasiswa/wi !

Pro-Mahasiswa UMSKAL mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan mahasiswa yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir semester 2. Teruskan kekalkan momentum kecemerlangan ini! 

Keputusan yang kurang baik adalah ujian.
Keputusan yang baik juga adalah ujian.

Tahniah semua!

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"



Wacana Kampus #15 - MAKLUMAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2012/2013

Makluman kepada seluruh mahasiswa UMS, keputusan peperiksaan akhir semester 2 sesi 2012/2013 telah dikeluarkan pada hari ini (19 Julai 2013). Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan tersebut di Laman Portal Rasmi Sistem Maklumat Pelajar.

Semoga mendapat keputusan yang diinginkan sesuai dengan usaha yang telah dilakukan :)

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"

Klik Link Dibawah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...