Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Tuesday 23 July 2013

Wacana Kampus #19 - UMS MAHU JADI MODEL IPT DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR : NAIB CANSELOR

Universiti Malaysia Sabah sudah bersiap sedia dalam mengimplementasi segala nilai dan elemen berkaitan penjimatan tenaga dan pengurusan sisa buangan elektronik ke arah mencapai hasrat menjadikan UMS sebagai peneraju utama model Institut Pengajian Tinggi Tinggi (IPT) dalam pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Demikian ucapan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika merasmikan pelancaran Kempen Green Office Awareness anjuran Pusat Pengurusan EcoCampus UMS hari ini.

Menurut Datuk Harun, matlamat utama UMS adalah untuk mengekalkan harmoni bumi hijau berdasarkan sikap warga UMS sendiri dalam penjimatan tenaga di tempat kerja. Tambah beliau, ia juga sebagai satu tanggungjawab universiti selaku IPT yang sentiasa menjadi pusat rujukan dalam meningkatkan kefahaman pendidikan sekaligus menggandakan kesedaran kepada warga UMS dan masyarakat betapa pentingnya pemuliharaan alam sekitar.


“Dalam menikmati kemajuan ekonomi, penggunaan teknologi moden di pejabat seperti penghawa dingin, peralatan moden pejabat, pengunaan tenaga elektrik yang berlebihan adalah penyumbang utama kepada pemanasan global, pencemaran air dan udara. Melalui kempen Green Office Awareness, adalah diharapkan warga UMS dapat membuat perubahan sikap yang boleh membantu penjimatan tenaga di tempat kerja.


“Melalui perubahan sikap diharapkan juga agar dapat membantu mengurangkan kos operasi harian dalam pengunaan tenaga di dalam kampus seterusnya melestarikan alam sekitar dan menjadi teladan terhadap komitmen pemuliharaan alam,” ujarnya lagi.


Justeru, beliau menyeru kepada seluruh warga UMS untuk memperbaharui komitmen dalam usaha melestarikan alam sekitar agar kekal menjadi warisan dan tatapan generasi akan datang sekaligus mencapai matlamat menjadikan UMS sebagai EcoCampus.


Turut diadakan pada majlis itu sesi ceramah berkaitan EcoCampus yang disampaikan oleh penceramah jemputan; Dr. Irina Zen Safitri, Dr. Zeeda Fatimah Mohamad dan Sitti Nursyafa Bakri. Hadir sama Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul; Ketua Pustakawan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Hijau, Dayang Rukiah Awang Amit dan Pengerusi Jawatankuasa Enviromental Management System, Dr. Bonaventure Vun Leong Wan. 


Sumber : Laman Web Rasmi UMS [http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/news/356-ums-mahu-jadi-model-ipt-dalam-pemuliharaan-alam-sekitar-naib-canselor.html]


"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...