Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Monday 9 September 2013

Kenyataan Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL.

Assalamualaikum,
Salam Transformasi, UMS Eco Campus.

"Semalam telah timbul sedikit salah faham di Dewan Utama sebelum Majlis Amanat Pengarah UMSKAL khas buat pelajar baharu kemasukan sesi 2013/2014. Salah faham ini berlaku sewaktu kelab penyokong Pro Mahasiswa UMSKAL sedang membuat edaran risalah kepada para pelajar baharu.

Risalah yang diedar Pro Mahasiswa telah dirampas dan dihalang untuk diedarkan. Pro Mahasiswa sangat menghormati sebarang prosedur dan peraturan Universiti. Sememangnya menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk patuh dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti Pindaan 2012, dalam seksyen 15 (4), mahasiswa tidak boleh dihalang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan akademik atau berkaitan pengajian. Oleh itu Pro Mahasiswa menganggap risalah yang dikeluarkan semalam adalah salah satu daripada usaha pro Mahasiswa untuk berkongsi maklumat dengan mahasiswa baharu UMSKAL. Bahkan usaha ini adalah bagi menyokong usaha pihak Universiti yang ingin melahirkan mahasiswa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin. 

Oleh itu kami ingin mencadangkan kepada pihak Universiti untuk mengurangan birokrasi dan memberi kebebasan kepada mana-mana mahasiswa yang ingin mengeluarkan kenyataan yang berunsur akademik dan pendidikan. Pada pandangan Pro Mahasiswa, tindakan merampas risalah berunsur pendidikan merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan sifat akademik bagi sesebuah institutsi bernama Universiti. 

Walaubagaimana pun, Pro Mahasiswa akan terus komited dalam berkongsi informasi dengan rakan rakan mahasiswa UMSKAL selaras dengan aspirasi transformasi Politik Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak"

Muhammad Fadhil Abdul Ghani,
Pengerusi Pro Mahasiswa UMSKAL
LEAD TO CHANGE


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...